Toyota Yaris Legian, IIMS 2015, GIIAS 2015


Yaris Legian, tanpa meninggalkan karakter sporty, team desain TAM menampilkan mobil ini menjadi lebih elegan dengan warna menarik, yaitu warna kuning markisa. Kemudian, dengan membuka rangka atap Yaris yang asli, mobil ini tampil lebih ekslusif. Mengunakan nama salah satu pantai terindah di Indonesia, warna Yaris Legian mampu tampil dengan kehangatan bagi orang yang melihatnya 

Toyota turut membawa beberapa kereta ke 2015 Gaikindo Indonesia International Motor Show. Yang menarik minat orang ramai ialah model konsep Toyota Yaris Legian dengan reka bentuk yang sangat moden.

Seperti yang anda dapat lihat, model ini tidak mempunyai bumbung, satu ciri yang sangat berbeza dibawa oleh Toyota. Ianya juga turut didatangkan dengan hanya 2 pintu dan dicat dengan warna oren terang.

Selain itu, model Toyota Yaris Legian ini turut diberikan sentuhan TRD secara keseluruhannya. Lampu hadapan didatangkan dengan 3 lekuk dan lampu LED DRL diterapkan ke dalam lampu hadapan dan melekapi 3 lekuk ini. Reka bentuk gril hadapan besar juga lebih bercirikan kemodenan dan sejajar dengan reka bentuk semasa. Reka bentuk lampu belakang dikekalkan tetapi dalamannya diberikan pembaharuan gaya.

Kereta ini turut didatangkan dengan rim aloi yang lebih besar dan juga lambang ‘TAM’ yang bermaksud ‘Toyota Astra Motor’. Satu divisyen Toyota Motor Corporation yang besar di Indonesia. Model Yaris Legian ini merupakan kelahiran hasil tangan pereka bentuk dari negara itu sendiri.


"Atap yang kita potong ini memang memberikan dampak pada sisi kesimbangan, untuk itu kita buat penguat pada pilar B di bagian bawah dengan model T di balik. Jarak antar pilar juga dimundurkan sampai 30 cm, yang membuat pintu depan jadi lebih panjang," ungkapnya.

Legian merupakan satu kawasan percutian di tepi pantai di Bali. Dan mungkin konsep ini merupakan idea yang disampaikan oleh Toyota ke atas kereta ini, satu platform yang sesuai untuk bersiar-siar di kawasan persisiran pantai dengan ketiadaan bumbung.

Kenyamanan interior digarap lebih mendetail. Mulai dari jok yang sudah terbungkus Nappa leather dengan garis kuning menyelaraskan kelir bodi sampai instrumen garnis pada glovebox.

Tiada perincian dari segi enjin tetapi dijangkakan enjin 1.3-liter atau 1.5-liter yang sama ditawarkan ke atas model Toyota Yaris semasa turut digunakan pada model ini.